Thursday, November 18, 2010

BOSAN BILA HUJAN

Tidak seronok bila bekerja dalam hujan.Lebih teruk kalau bekerja dalam ladang.Antara faktornya:



1.Apa rasanya kalau kasut dimasuki air? sungguh tak selesa dan rimas.Tipulah kalau kasut kamu tak akan masuk air bila tiba bekerja di kawasan sebegini.




2.Motorsikal boleh melepak bersama dengan traktor di dalam hujan.Kasihan pula aku tengok.Apa boleh buat,dah tempat parking tu saja yang ada.Nasib motor aku bukan jenis yang kuat meragam bila kena air hujan,kalau tidak akan TIMBUL MASALAH LAIN pula.





3.Baru aku tahu betapa bosannya kehidupan seorang mamat indon kerja ladang sawit,pabila waktu hujan begini.Jadi aku yang bekerja sebagai mandur mereka pun turut berkongsi 'kegembiraan' ini.(Gambar di atas menunjukkan seorang indo yang menyediakan masakan tengah harinya)



4.Tak tahu nak cakap apa.Tapi kalau dalam hujan dan stuck di tempat yang tiada elektrik,serta bercampur dengan golongan yang sudah biasa akan perkara tersebut.Well,its too damn bored and youll hate it!

oklah..itu titipan aku hari ini untuk anda,memang bosan.

Wednesday, November 17, 2010

perbualan singkat yang membawa kesan yang besar pada negara

Suatu hari ketika bekerja,aku telah bertanya kepada seorang pekerja Tenaga Kerja Indonesia (TKI).

aku: sebulan berapa gajinya pak?

beliau: adalah sikit.

aku: banyak kah?

beliau: cukup makanlah ndur.

aku: (tidak puas hati,kerana tidak diberi jawapan yang sebetulnya.) berapalah? kalau sebulan? ada 700? 800?

beliau: (dengan nada rileks) 1800-2000++.

aku: ffffuuuu!!

kesimpulan dari perbualan di atas.Pengaliran keluar matawang negara amat besar,kerana kurangnya tenaga kerja tempatan,yang bekerja di sektor ini (kelapa sawit)..serius-serius...patutlah kalau beli henpon,semuanya mahal-mahal.



siapa sangka pokok sekecil ini boleh memberi pulangan lumayan kepada pemilik dan pekerjanya?

nukilan hati 1

Dulu aku ada ramai kawan.tapi sekarang ramai kawan yang dah lupakan aku.Mungkin aku masih kabur mengenai masa depan berbanding mereka? mereka punya ijazah,punya sijil yang tinggi,punyai segala-galanya.Aku? aku hanya ada sijil SPM,STPM.Bapak aku bukan orang kaya,jual ikan,berkebun,dan macam-macam lagi.Ekonomi keluarga pun sedang-sedang.Dulu orang tua-tua cakap,belajar betul-betul dapat tempat tinggi,nanti orang akan pandang kita.Kalau kita tak pandai belajar,kita ibarat bayang-bayang di depan mereka.

mungkin benar dengan situasi tertentu.Aku perhatikan kawan-kawan aku semakin meninggalkan aku.jika dulu bukan main rapat,tapi sekarang nak berjumpa pun jarang.Tapi aku rasa quotes yang selalu aku dengar itu mungkin kurang relevan lagi pada zaman sekarang.ya,kurang relevan.sebab sesiapapun boleh berjaya kalau berusaha lebih,bukan hanya kamu menjadi seorang guru kamu boleh bersikap dingin dengan seorang petani.Itu tak boleh,kadang-kadang pendapatan seorang petani lebih besar dari seorang govern servant.Sekarang siapa yang berusaha lebih aku tengok lebih berjaya dari siapa yang hanya suka membanding pangkat dan sijilnya dengan orang lain.

aku ambil contoh bapa aku.Berhenti sekolah sejak darjah 2.Boleh dikatakan langsung tidak belajar dan bersekolah,tapi sampai sekarang mampu bertahan dan hidup sederhana.Ok,aku tipu yang keluarga aku hidup miskin.bapa aku jenis yang memandang masa depan berbanding kemewahan sementara.

beliau menguasai empayar jual beli ikan lebih dari 20 tahun,dan masih teguh lagi sehingga sekarang.mempunyai sebuah kebun kelapa sawit yang luasnya melebihi 10 hektar,mempunyai rumah sebanyak lima buah.semua disewa.jadi aku ingin jadi seperti bapak,aku tak mahu menjadi kuli orang,cuma sekarang aku bekerja dengan orang untuk menimba ilmu untuk aku adaptasikan kepada hidup aku suatu hari kelak..ketika itu aku akan mengambil semula rakan-rakanku yang telah lama meninggalkan aku.Maaf malam ini aku sedikit emosional..heheh!

SEPAK TAKRAW EP 2




Bermula main semula setelah 2 minggu yang lepas.Memang banyak skill yang telah hilang.Tapi minat dan sayang pada sukan ini masih lagi menebal dalam hati dan nurani.Seronoknya! tapi kaki masih sakit dan masih terasa kesannya sejak 2 tahun yang lepas.

Oh,semoga pasukan sepak takraw negara mampu mengekalkan rekod dan reputasi yang baik sebagai salah satu kuasa besar sepak takraw dunia pada sukan asia yang berlangsung sekarang.Cukuplah kalah dengan thailand,jangan kalah kepada china pula! heheh!

mungkin aku tak dapat tengok malaysia main kali ni sebab rumah aku takda tv.yeah! its true! jadi tunggu ada insan yang bermurah hati upload dalam youtube pun jadilah,boleh download dan simpan dalam arkib.

sekian terima kasih..mata mengantuk jadi eloklah disorongkan bantal.

PERKARA YANG AKU ALAMI DUA TIGA BULAN INI

telah berkurun lamanya blog ini tidak aku jenguk.Bukan apa,mungkin masalah internet rumah aku yang semakin melampau sejak dua menjak ini.Banyak hal yang ingin aku taipkan di sini.Pelabagai perkara baru yang telah aku alami sejak dua tiga bulan ini.kalau nak cerita memang tak dapat.jadi aku senaraikan dalam bentuk 'point',bak kata guru pengajian perniagaan aku dulu.:



terima kasih sk sangan iban,kerana beri aku peluang jadi guru!

1.setelah berhenti dari menjadi seorang guru 'celup',aku bertukar menjadi pengangur tegar di rumah..bekerja sebagai penghabis makanan yang tetap selama kurang lebih sebulan.



agak kepenatan setelah berjual di pekan daro.

2.kemudian aku mendapat pekerjaan baru.menjual ikan.bersama emak tersayang.sasaran jualan di daerah matu dan daro.lebih satu jam dari oya.kesimpulan agak seronok.duit pun banyak,dan dapat menyelami budaya manusia di kawasan tersebut.(aku memang suka memerhati manusia dan keadaan sekeliling mereka).Tapi kegembiraan aku tak lama.Ikan di laut bercuti dan para nelayan tak dapat tangkap,sebab mula bulan 9 musim tengkujuh telah menampakkan 'senyumannya'.



gambar 1 sudah dicat..heheh!



gambar 2 belum dicat


3.setelah aku berhenti berjual ikan,aku bertukar profesyen menjadi seorang pengecat rumah.bukan rumah orang lain,tapi rumah bapakkk aku!.seronok juga jadi pengecat,sebab dari tak jadi apa-apa,menjadi sesuatu yang cantik diakhirnya.tak lama,dua minggu saja.



bangsa madura

4.sudah bosan duduk di rumah dan menjadi tukang cat,(sebab lama tunggu cat baru) aku telah mengisi borang untuk menjadi seorang pekerja ladang kelapa sawit kepunyaan FELCRA pula.lokasi tak jauh dari rumah aku.5 minit perjalanan aku sampai.seronok sebab dapat jumpa pelbagai jenis manusia,dari suku bangsa yang berbeda,eh! berbeza,contoh; madura,sambas,jawa,timor leste.banyak bahasa aku dengar.Dan aku jadi mandur mereka.dulu aku anggap semua orang indon ni jahat,sebab baling taik kat bendera malaysia,tapi bukan semua,sebab bukan semua mereka jahat.ok,ja aku tengok indon kat sini.mungkin di depan aku? ah,lantaklah,janji aku dapat gaji.

dengan ini aku sertakan gambar untuk tatapan anda para pembaca:

Tuesday, August 24, 2010

Saiz Baju.

Sering runsing ketika menjelang musim perayaan.Ini disebabkan oleh ketiadaan baju bersaiz mega yang boleh aku sarungkan di badan aku.Aku masuk ke satu gedung ke gedung yang lain,sah memang tiada.Kalau adapun adalah sangat terhad pilihannya.Contoh,jika aku memilih warna hijau,mungkin hanya warna biru atau hitam saja yang ada untuk saiz aku.Sangat merunsingkan,hingga ada manusia yang menganggap aku adalah seorang yang tidak tahu bergaya.Bukan apa,aku memang sangat mengikuti budaya fesyen remaja sekarang,tapi aku tiada pilihan lain untuk bergaya.Aku hanya terpaksa membeli pakaian yang mempunyai saiz yang besar,dan bukan semua baju bersaiz besar mempunyai gaya dan seni yang cantik.Mungkin ada,tapi agak mahal untuk aku beli.Memang aku tiada nasib dalam hal-hal ini.Mungkin ada diantara reader dalam blog aku yang ada nasib serupa seperti aku?

Monday, August 23, 2010

5 perkara yang selalu aku buat bila tiba bulan ramadhan.

Hari ini aku ingin menmerah sedikit minda aku dan membuat flashback sekejap tentang perilaku yang sering aku lakukan semasa bulan ramadan.di sini ada sepuluh perkara yang aku ingin kongsikan.

1.Akan Tengok Balik Semua Filem Yang aku Telah Download Sebelum Ini.
aku akan menyusun semua filem-filem yang telah aku donlod mengikut susunan hari
yang betul bagi membolehkan aku tengok semua sampai habis.Memang layan kalau tengok
filem masa bulan puasa ni.

2.Aku Suka Imagine Makanan Dan Akan Berazam Untuk Memasaknya Suatu Hari Nanti.
Biasanya,aku hanya berangan saja,angan-angan aku baru-baru ini adalah ikan bakar
bersambal.Tapi seperti yang aku katakan sebentar tadi,aku hanya akan memasak dalam
anganan sahaja.hehehe!

3.Login Facebook Lebih Kerap Dari Bulan-Bulan Biasa.
Kadar kekarapan aku login facebook menjadi-jadi sekiranya tiba bulan ramadan.
Mungkin disebabkan oleh aku adalah seorang penganggur buat masa sekarang?

4.Menghentikan Sepenuhnya Aktiviti Yang Melibatkan Gejala Yang Negatif.
Pelbagai aktiviti yang tidak perlu dilakukan dan haram adalah dilarang sekerasnya.
inilah tujuan utama ramadan.Untuk menahan diri dari segala perkara yang menaikkan
nafsu syahwat dan sebagainya.

5.Semakin Kerap Membuka Peti Sejuk Walaupun Berpuasa.
Entah? Kenapa aku sering membuka peti sejuk,mungkin akibat serangan psikologi yang
ada dalam peti sejuk?

Thursday, August 19, 2010

TAMATLAH TUGAS AKU SEBAGAI GURU!






Tanggal 19 Ogos 2010,dengan rasminya aku telah ditamatkan perkhidmatan sebagai seorang guru di sekolah rendah tempat aku mengajar sebelum ini.Banyak pengalaman dan pengorbanan yang aku dapat dari peristiwa ini.Aku menganggap hal ini sebagai peristiwa kerana aku tidak mahu melupakan pengalaman dan pengajaran yang aku perolehi selama berada di sekolah tersebut.Walaupun hanya 2 bulan sahaja,tapi peristiwa itu memberi impak dan kesan positif yang cukup besar dalam hidup aku.Contoh,aku telah berjaya memahami satu lagi bahasa yang cukup ramai penuturnya di Sarawak,iaitu bahasa iban.Dulu satu apa pun aku tak tahu,sekarang,cakap saja aku dapat translate!,contoh-contoh kejayaan yang dapat aku obtain,mungkin akan dikecapi oleh anda jika anda dapat berada dalam situasi aku sekarang,jadi cubalah.

Nukilan aku kali ini adalah khas untuk mengucapkan rasa terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan kakitangan yang telah memberi tunjuk ajar kepada aku selama aku berada di sekolah anda bermula dari 23 Jun 2010 hinggalah 19 Ogos 2010.Andai ada kesilapan dan kesalahan,sila maafkan aku ya! ok,untuk tatapan anda semua disini aku ada menyelitkan sedikit gambar mengenai aktiviti yang dijalankan sepanjang aku menjadi warga di sekolah ini.

Wednesday, August 18, 2010

Apa Yang Akan Anda Rasa Bila Satu Perkara Yang Anda Impikan Semakin Jauh Dari Anda.



Aku semakin mengakhiri tarikh luput untuk mengajar di sekolah rendah tempat aku mencurah segala ilmu di dada.Tanggal 19 Ogos 2010,aku akan mengakhiri zaman aku bergelar seorang cikgu.Mungkin aku akan bergelar sebagai seorang cikgu lagi di kemudian hari? atau hanya untuk sekali ini sahaja.Jadi memang banyak pengalaman yang dapat aku timba selama menjadi seorang guru dan menjadi seorang dari anggota penggerak SK SANGAN IBAN,walaupun hanya dua bulan.Tidak mengapa,aku tidak kisah sangat.

Tapi ada satu perkara yang memang akan memakan hati dan perasaan aku apabila aku mula memikirkannya,perkara itu bukanlah soal cinta mahupun keluarga,tapi soal duit! ya duit!,duit yang akan aku terima setelah tamatnya perkhidmatan aku di sekolah itu.Lebih senang dipanggil sebagai gaji dan gaji ini adalah GAJI PERTAMA AKU sejak aku tinggalkan bangku persekolahan.Masalahnya di sini timbul akibat sikap acuh tak acuh pihak atasan yang kononnya bekerja,tapi hakikatnya mereka 'bermain dalam bekerja'.Ok,aku assume gaji aku akan dibayar lewat dari tempoh sebenarnya.Mungkin dua bulan!? atau lima bulan? atau selama-lamanya.Untuk pengetahuan,aku tak akan menghalalkan duit aku untuk digelapkan begitu sahaja oleh sekumpulan beruk yang bertopengkan syaitan dan berkulitkan manusia yang tak cukup sifat untuk memakan dan menghilangkan hasil titik peluh aku selama aku berulang alik dari bintulu ke tatau,dan menghabiskan air liur ku dengan begitu sahaja hanya kerana kemalasan dan sikap tidak profesional mereka dalam melakukan kerja.Sebab musabab aku tidak puas hati adalah,pihak tersebut telah meminta kembali salinan dokumen-dokumen penting untuk meng'claim' gaji yang bakal aku terima,dan tarikh semasa mereka meminta salinan tersebut adalah setelah 10 haribulan pertama bulan ini,jadi aku assume,aku akan gaji paling cepat pun mungkin selepas raya.

Apa yang lebih menghangatkan,aku telah membuat belanjawan supaya aku dapat membeli keperluan aku sendiri pada raya tahun ini,tanpa perlu meminta pada 'bos ku di kampung.Jadi oleh kerana hal ini berlaku,mungkin aku akan berbalik kepada tapuk yang lama sama seperti rutin hidupku yang lepas.INILAH PERKARA YANG BIKIN AKU PANAS!,SEKIAN TERIMA KASIH!

Tuesday, August 17, 2010

TAK SABAR RASANYA HENDAK BALIK KAMPUNG!

Sejak kebelakangan ini,perasaan homesick aku semakin menjadi-jadi,meronta-ronta untuk mengingati kampung halaman.Baru saja dua bulan,apalah!.Mungkin ada yang lebih lama berada di tempat lain sehinggakan kampung bukan lagi menjadi destinasi utama atau hentian terakhir untuknya.Aku anggap manusia sebegitu memang ada di kalangan kita.tapi aku ingin mengajak diri aku dan anda supaya mengingati kembali kampung halaman,apatah lagi di bulan puasa yang mulia ini.Bayangkan,ibu anda yang kejutkan anda dari tidur untuk bangun sahur,dan terus anda ke dapur lalu memakan makanan seperti nasi goreng,telur goreng,paling koman pun makanan berbuka yang di recycle kan,berbanding dengan diri anda dikejutkan oleh kawan anda yang badannya berbau mee sedaap yang baru direbus bukan untuk santapan anda,tapi untuk dirinya sendiri! anda mahu makan,sila masak sendiri! dia cuma kejutkan anda sahaja.Ataupun anda memasang alarm cap ayam pada jam anda,tapi apabila anda bangun,tiba-tiba baru anda teringat bahawa makanan yang hendak di makan ketika bersahur sebenarnya tak ada! anda belum beli lagi.So,mana yang lebih cantik?

OH EKSIDEN LAGI!


Hari ini aku pulang dari sekolah seperti biasa bersama dengan abang.Tiba di kilometer 17,kami terjumpa sebuah kereta yang terperosok dalam parit,dan kami amat mengenali kereta tersebut.Dengan automatiknya,kereta yang kami naiki pun terhenti entah mengapa,mungkin brek ditekan oleh abg? entahlah kerana pada ketika itu,aku tidak memandu.Ya,memang beliaulah! tidak salah lagi! orang yang selalu ke tempat kerja bersama-sama dengan aku dan abang kini mempunyai musibah.Keadaan kemalangan tersebut tidaklah terlalu serius seperti yang selalu aku lihat di dada akhbar mahupun berita tv,ia hanyalah sebuah kereta yang termasuk dalam parit di atas bukit yang tinggi,dan tidak kurang dari jarak 50 meter,ada lereng bukit sedang menanti.Fuhh!,sedikit lega di situ.Mangsa merupakan seorang lelaki,dan juga seorang guru yang mengajar di sekolah tempat aku mengajar.Jadi,aku memang kenal sangat.Nasib baik beliau memakai 'tali pinggang keselamatan' sebagai langkah berjaga-jaga,dapatlah beiau mengelakkan diri dari kecederaan anggota badan.Setibanya kami di tempat kejadian,beliau telah keluar dari kereta dengan muka yang lemah dan terkejut.Dan seperti yang saya katakan sebentar tadi,beliau keluar dengan selamat.Semua ini adalah disebabkan oleh pemakaian tali pinggang keledar oleh beliau sejurus sebelum kemalangan berlaku.Jadi,pesanan aku kepada semua,jika anda memandu,ringankanlah tangan anda untuk memakai tali pinggang keledar,kerana ia hanya memakan masa kurang dari 10 saat,dan mungkin mengelakkan kematian anda,juga kurang dari 10 saat.Oh,hari ini juga aku terlihat kereta peronda polis juga mengalami kemalangan yang teruk,di traffic light jambatan kemena.Polis pun boleh ditimpa kemalangan,ingatlah kemalangan boleh menimpa anda jika anda tidak berwaspada!

Monday, August 16, 2010

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA!


Assalamualaikum! kepada sesiapa yang membaca blog aku yang tak seberapa kreatif ini.Hari ini aku ingin menambah koleksi artikel aku dalam blog usang ini,setelah cukup lama aku tinggalkan blog ini mungkin telah menjadi sarang beruang untuk berhibernasi selama 6 bulan. Nasib baik aku menjenguk blog ini,kalau tidak mungkin blog ini sudah berbau bilik beruang yang sedang tidur selama lebih 6 bulan. Bayangkan manusia yang tidur dalam bilik selama 6 bulan tanpa makan dan minum? mungkin kos perbelanjaan harian akan dapat dijimatkan lebih 6 bulan! alangkah banyaknya duit? Oh shit! termerapu pula di situ! Ok,sebnarnya aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kepada anda semua. Walaupun sudah seminggu lewat,aku peduli apa? yang penting aku nak ucapkan kata-kata yang terbuku di hati yang lara. Buat kali kedua dalam hidup aku,berpuasa tidak bersama keluarga,yang pertama ketika aku masih menuntut di sekolah agama dulu,dan sekarang ketika aku menjadi guru.what a long intervals between that?.Aku masih ingat ketika aku di tingkatan 1,aku sukar menerima kenyataan bahwa aku berjauhan dengan keluarga ketika hari pertama puasa. Sungguh tidak relevan buat aku ketika itu. Tapi demi menuntut ilmu agama yang lebih mendalam,aku pun dengan rela hatinya membuang jauh-jauh perasaan berkecamuk aku itu. Tapi,jika difikirkan balik,dugaan yang aku alami ketika itu,hanyalah persediaan untuk menghadapi masa yang akan datang. Mungkin suatu hari kelak aku tidak dapat berpuasa bersama keluarga cukup sebulan? atau mungkin berhari raya pun tidak? siapa tahu? aku pasti ada dikalangan anda yang mengalami nasib yang lebih sadis dari aku. Aku selalu memikirkan perkara sedemikian dalam benak sanubari aku. Jadi,aku rasa aku mungkin lebih bernasib baik berbanding dengan golongan ini tadi.kesimpulan yang dapat kita nilaikan di sini adalah,sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada,dan jangan terlalu sombong dan bongkak dengan kelebihan itu.Mungkin anda juga akan menerima nasib yang sama suatu hari kelak.JADI DENGAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA UMAT ISLAM SEANTERO DUNIA!

AKU MENJADI GURU!


assalamualaikum kepada pembaca sekalian! hari ini aku akan menceritakan pengalaman aku menjadi seorang guru kepada budak-budak sekolah rendah.Walaupun sebilangan rakanku masih menimba ilmu di dalam institusi pengajian tinggi hatta maktab sekalipun,aku terlebih dahulu mendahului mereka,ya! aku teah mendahului mereka dengan menjadi seorang pengajar kepada murid-murid sekolah! Memang seronok rasanya.Pelbagai pengalaman yang dapat aku timba selama aku menjadi guru.Nama sekolah tempat aku mengajar adalah di Sk Sangan Iban Tatau Bintulu. Page sekolah tersebut ada dalam facebook,jadi kalau nak tengok,silalah taip sk sangan iban di search box fb ya?. Ok berbalik kepada kisah kita sebentar tadi,sebenarnya aku telah di rekomenkan oleh abang aku untuk cuba mengajar di sekolah tersebut,memandangkan beliau juga adalah seorang guru tetap di sekolah tersebut,jadi adalah mudah untuk saya mendapat tempat untuk mengajar di sekolah itu. Itu pun setelah guru besar bertanya kepada abang untuk mencari seorang guru ganti yang boleh mengajar bahasa inggeris,memandangkan guru bahasa inggeris sekolah itu sudah cuti bersalin sudh seminggu awal,jadi tanpa berlengah,saya lah yang menjadi pilihan utama mereka. Sangat gembira! itulah ungkapan yang berbunga di jiwa setelah mendengar tawaran tersebut.Oleh itu,bermulalah episod baru dalam hidup saya yang mungkin mengubah haluan dan minat saya suatu hari kelak! terima kasih,kita sambung pada artikel seterusnya!

Sunday, June 20, 2010

kegilaan sekarang 1



kegilaan sekarang seperti yang anda lihat adalah bolasepak,ya bolasepak tanyalah manusia di ceruk mana pun,mesti mereka sedang hangat menceritakan tentang bolasepak.kegilaan kepada bolasepak sekarang sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan harian aku sejak ia bermula minggu lepas.dari waktu aku tidur hinggalah waktu untuk aku bermain telah banyak berubah.tapi hanya untuk bulan piala dunia ini sahaja,i guess.hmmm,ok sejak piala dunia bermula,semua rakan sepermainan ketika bermain sepak takraw semakin berkurang ini disebabkan oleh masing-masing mahu menunjukkan skill dan semangat world cup mereka dengan bermain futsal dan bolasepak.aku tidak,walaupun aku juga salahseorang penonton setia world cup,tapi aku tidaklah seobses mereka untuk bermain bolasepak dan futsal apabila tibanya musim wordcup.aku masih sayangkan sukan sepak takraw yang telah aku mainkan sejak sekian lama.apabila mereka meninggalkan gelanggang sepak takraw untuk bermain bolasepak,maka kesannya adalah kepada kipas susah mati takraw yang kekurangan pemain untuk meneruskan aktiviti harian mereka,termasuklah aku.untuk melenyapkan rasa ketidakpuasan hati ketika bermain sepak takraw,all of us that still remain will trying to play badminton.dan kesannya,seluruh anggota badan aku menjadi sakit lalu menyusahkan aktiviti harian aku yang lain.sehingga ketika aku menaip entri ini,tangan aku masih dalam keadaan sakit.jadi kegilaan sekarang adalah world cup,dan ia memang banyak menyusahkan hidup aku.terima kasih.

Thursday, May 20, 2010

keuntungan,dan kerugian diri sendiri.

sejak kebelakangan ini aku sering dipengaruhi oleh perasaan cemburu pada orang di sekeliling aku.ada pelbagai sebab mengapa aku jadi sedemikian rupa.pertama,disebabkan oleh kerugian aku yang tidak memanfaatkan masa-masa belajar aku sebelum ini.memang aku tergolong dalam golongan rugi buat masa sekarang,ya aku mengaku.aku amat cemburu apabila ramai rakan-rakan seperjuanganku ketika di bangku sekolah dahulU lebih berjaya dari aku pada masa sekarang.tapi,aku tak peduli semua itu,memang sudah menjadi asam garam kehidupan adakalanya kita diatas ada juga masanya kita di bawah.buat masa sekarang memang aku di bawah,ibarat team england yang semakin tertekan oleh,kekalahan mereka kepada serbia baru-baru ini.rakan sekelas aku ramai yang dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading setelah ramai dari mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam stpm lepas.ucapan tahniah buat mereka. pengorbanan kamu semua memang berbaloi,jadi selepas ini jangan main-main apabila berada di dunia baru kelak..sekian curahan untuk kali ini..terima kasih.

Monday, April 12, 2010

KEGILAAN PADA SEPAK TAKRAW.

aku memang sangat sukakan permainan sepak takraw,ya,memang seorang 'hardcore fan' pada sukan ini.tapi di kawasan kediaman aku,belia seusia aku memang kurang berminat akan sukan ini,mereka lebih berminat untuk bermain bola sepak atau futsal.aku juga pernah mencuba kedua-dua sukan tersebut,tetapi tidak dapat menguburkan minatku terhadap sukan sepak takraw,sepak takraw tetap di hati! yeahh.ya,aku mengaku aku tidaklah sehebat pemain yang anda semua lihat di televisyen swasta tempatan,aku lebih suka mengkelaskan diri aku sebagai pemain amatur dalam sukan ini,aku mengenali sukan ini ketika aku berumur 16 tahun.sudah lebih 4 tahun aku berjinak-jinak dalam sukan ini.aku lebih suka bermain di posisi tekong,atau apit kiri (feeder).ini kerana untuk bermain sebagai 'killer' memerlukan latihan dan keazaman yang tinggi serta mempunyai bentuk fizikal yang lebih kecil.aku tidak,badan aku,besar dan tinggi.jadi lupakan hasrat untuk jadi 'killer'.berbalik pada cerita tadi,aku lihat sekarang semakin kurang remaja belia yang ingin menceburi sukan ini (skop di kecilkan di tempat aku sahaja,tempat lain aku tak tahu).setelah lama aku mengkaji sebabnya,aku telah tahu,sedikit sebanyak sebab yang boleh di ambil.pertama,sukan ini bukanlah seperti sukan remeh yang lain,sebelum 'masuk ke gelanggang' (mula bermain,buat pertama kali) greenhorn perlulah mengambil latihan menimang bola raga terlebih dahulu,dan dapat mengawal bola tersebut dengan kawalan yang lengkap dan betul.selepas proses tersebut,budak baru ini perlulah memulakan latihan di dalam gelanggang pula dan mula mempelajari teknik tekong,feeder dan killer jika boleh.aku pun pernah melalui semua ini,dan telah lulus dengan jayanya mengikut kefahaman aku sendiri.aku berjaya sebab minat yang mendalam dan kesabaran yang tinggi.sebab kedua yang dapat aku lihat adalah,permainan ini hanya memerlukan 6 orang termasuk seorang pengadil dalam satu-satu set permainan.dan mata kiraan bagi satu set adalah 21.jad memerlukan masa yang sedikit lama untuk menunggu giliran set seterusnya.bagi yang kurang bersabar,mungkin ini bukan sukan sesuai untuk mereka.ketiga,sukan ini banyak menggunakan duit.contohnya,kasut sepak takraw mudah haus setelah digunakan untuk seberapa lama bermain,paling lama pun tiga bulan,mengikut berat si pemakai.Terdapat beberapa jenis kasut yang amat sesuai digunakan untuk bermain sepak takraw.Jenis yang aku pakai adalah jenis 'north star'.Aku memakai kasut jenama 'north star' adalah disebabkan kaki aku sangat besar,ya saiz kaki aku adalah saiz 10,uk.Untuk pengetahuan anda,kasut yang amat sesuai untuk penggunaan sepak takraw adalah dari jenis yang nipis,senang untuk dikawal oleh tapak kaki,dapat menahan hentakan yang kuat dari bola takraw,dan ringan.Contoh terbaik adalah dari jenis,Rejam,Nanyang(digunakan oleh pemain pro thailand),pro badminton,dan warrior.setiap kasut ada kelebihannya yang tersendiri.jadi,terpulanglah kepada anda untuk menilai kasut mana yang lebih layak untuk digunakan sewaktu bermain takraw,ia juga terpulang kepada posisi mana anda bermain.Ok,untuk lain kali,saya akan menulis tentang jenis bola takraw pula,terima kasih!

RAGAM DI PADANG.ak


pertandingan bolasepak 9 sebelah di kampung aku telah bermula dua tiga hari lepas,masih berlangsung hingga sekarang.aku bukan mahu bercerita tentang kehebatan pemain-pemain kampung aku yang berlagak seperti hero pasukan ketika bermain,tidak,aku menulis untuk meluahkan isi hati aku setelah melihat persembahan pasukan-pasukan bola bertaraf kampung ini.petama,aku melihat ramai pemain-pemain yang lebih suka mencari publisiti murahan di dalam padang dengan cara bermain kasar terhadap pemain lain,entah apa sebabnya,aku pun tidak tahu.tapi yang pasti ini akan memburukkan lagi persepsi pemain-pemain dari pasukan lain terhadap pasukan tersebut,dan yang paling menyedihkan adalah,pemain yang aku maksudkan adalah pemain yang mewakili pasukan kampung aku.bukan seoarang dua,tapi hampir keseluruhan pemain.hmmm,mungkin mereka ingat di kampung sedniri mereka boleh bermain sedemikian rupa,ya memang boleh! tapi semakin lama,mutu permainan pasukan juga akan semakin merosot.dan akhirnya tersungkur di gelanggang sendiri.sesuailah dengan gelaran si jaguh kampung kepada mereka ini.cuba cabar untuk bermain di luar daerah semuanya seperti ulat gonggok,pantang disentuh terus bergulung! macam pondan,kalah bulu dan akhirnya hanya mendapat tahi sahaja.berlainan dengan sebuah pasukan lain yang datang dari kampung berdekatan dengan kampung aku,pemainnya cukup releks ketika bermain,dan mempunyai semangat teamwork yang tinggi,sehinggakan mampu menundukkan sebuah pasukan yang juga boleh dikatakn kuat dengan lima gol berbalas kosong! ini yang aku mahu lihat,bukan hanya tahu bermain kasar,tetapi tidak tahu apa erti bola sepak sebenarnya! semakin banyak yang aku fikirkan semakin kusut fikiran ku,ok..kita sambung di lain hari.

Thursday, February 25, 2010

KENAPA SALAHKAN A JIKA B PUN MAHU?


Aku seringkali terbaca beberapa artikel yang dikeluarkan oleh pihak akhbar tertentu yang sedang hangat di pasaran sekarang.Semua menayangkan hal rogol,kes buang anak,sumbang mahram,liwat(kes lain),pendek kata semua hal yang berkaitan dengan kekejaman keatas wanita. Tapi apa yang menghairankan,kenapa dalam banyak-banyak kes,semua kesalahan adalah disebabkan oleh kaum lelaki? adakah kaum lelaki ini punca kepada hal-hal tersebut? Mungkin,tapi,mengikut pandangan aku bukan golongan lelaki sahaja yang patut dipersalahkan.sebaliknya kaum wanita juga.Kenapa? cuba anda fikirkan,aku akan berikan anda andaian yang mudah untuk difahami,cuba anda bayangkan jika anda membaling sebuah batu kedalam jurang yang tidak ada dasarnya? adakah anda tahu batu yang anda baling itu sudah sampai ke dasar? sampai mati pun anda takkan tahu.sebaliknya jika anda membaling batu ke dalam jurang yang anda sendiri nampak dasarnya,sudah pasti anda akan mendengar bunyi dan perilaku batu tersebut,dan anda akan nampak hasilnya bukan? Samalah seperti perkara yang ingin aku bangkitkan sekarang.Jika seseorang wanita tersebut tidak mendorong dan menaikkan nafsu si mangsa dengan pakaian yang menjolok mata,mungkin hal seperti itu tidak terjadi.Mungkin,kerana aku rasa terdapat juga lelaki yang mempunyai sifat dan nafsu yang amat serakah sanggup melakukan perkara keji seperti itu tanpa perlu menggunakan 'spring' untuk memulakannya. Tapi,yang obvious di sini,kita tidak boleh menyalahkan satu pihak sahaja,kerana anda mungkin pernah mendengar pepatah ini,"satu jari menyalahkan orang lain,empat jari lagi menyalahkan diri sendiri". Jadi untuk membanteras masalah ini dari terus merebak bak barah payudara,adalah elok untuk kaum hawa supaya menutup aurat anda,lebih-lebih lagi ketika menjelang ramadhan yang mulia.jika tidak dapat pun,cubalah,mungkin anda akan dapat mengubahnya..sesiapa yang membaca nukilan saya kali ini,jika dirinya itu mungkin dapat menimbulkan perkara yang saya bangkitkan sebentar tadi,fikirlah semula.Sekian terima kasih!

Tuesday, February 23, 2010

orang yang bodoh sombong

aku semakin muak dengan sikap seorang yang menganggap dirinya lebih berkuasa dari orng lain disekelilingya,padahal dia lebih kurang kebolehannya berbanding orang disekelilingnya.setiap hari aku berhadapan dengan golongan seperti ini.hei!lagak macam bijak tapi sebenarnya ketika ditanya benda yang lebih serius,si bodoh ini mengelak dari menjawab soalan tersebut dengan memberi jawapan yang paln 'cool' bagi dirinya dan perasan bahawa orang lain di kelompok tersebut juga gembira mendengar jawapan yang diberikan.tapi,sejak aku hidup dan bercampur dengan golongan ini,lagak hebat mereka tidak akan kekal lama, dan biasanya memakan diri sendiri tidak lama selepas itu.jadi,janganlah anda bersikap demikian dan hormatilah orang sekeliling anda ya?

Friday, February 19, 2010

Pengacau Ketenteraman Ketika Makan.


Ada beberapa sebab mengapa saya tidak suka makan di tempat terbuka ketika makan di kedai makan.
1.Sedang leka makan makanan yang telah dihidangkan, tiba-tiba datang sekumpulan samseng
kampung yang hebatlah kiranya, dan mereka mengganggu ketenteraman saya yang sedang
makan.Sungguh kurang sopan.

2. Situasi kedua,ketika saya sedang makan,kumpulan samseng bajet kampung ini juga akan
menganggu saya (dimana,mereka sendiri pun tidak memikirkan perasaan orang lain yang
juga makan bersama saya) dengan cara mencari publisiti murahan,iaitu meninggikan suara
seolah-olah kedai mereka yang punya.

3. Golongan samseng kampung ini juga tanpa segan silu bertanya soalan yang agak bodoh jika
difikirkan semula kepada saya, contohnya,buat apa dekat sini?,siapa yang makan bersama
kamu? dan bila sampai?. Memang bodoh dan langkusss. Menampakkan kebodohan mereka
sendiri.

4. Sebab itulah saya lebih suka untuk memilih kawasan yang lebih terpencil di ruang restoran@
kedai makan tersebut. Tetapi memandangkan hari ini saya cuma sebagai peneman dan
bukan saya yang menganjur,jadi biarlah saya mendiamkan diri sahaja.Sekian untuk malam
ini.Sudah kenyang,saya mahu tidur.

Thursday, February 18, 2010

Langkah Pertama.

Hari ini saya ingin memperkenalkan diri saya sendiri kepada sesiapa sahaja yang terlintas mahupun terbaca blog saya,walaupun hanya sementara.Ok,saya adalah bekas pelajar dibeberapa buah sekolah yang terdapat di daerah Mukah,Sarawak.Ya,mungkin ada diantara anda semua yang tidak mengetahui Mukah di mana.Tapi,anda perlu tahu bahawa Mukah antara kawasan di Sarawak yang sedang pesat membangun sekarang.OK,berhenti bercerita tentang Mukah.Berbalik kepada diri saya,saya seorang yang berfikiran optimis dan kadang-kadang sebaliknya.Jadi,adalah lebih mudah bagi saya untuk membahasakan diri saya sebagai seorang yang rileks dan tenang.Saya juga lebih suka menyembunyikan diri dari khalayak dan tidak suka menunjuk-nunjuk akan kebolehan diri saya (ada kebolehan kah diri saya ni?).Nampaknya,tangan sudah lenguh lebih baik saya berhenti sekarang.Terima Kasih.