Monday, September 30, 2013

Serius Aku Tak Tahu Apa Yang Kau Fikir Dalam Otak Kau Sekarang!

Tolonglah,aku dah lama berkawan dengan kau,tapi kau masih tak nak luahkan masalah kau dengan aku. Tolonglah,aku tak sanggup lihat kau sakit seorang, memendam masalah duka lara kau tanpa ada penyelesaian. Seksa aku melihatnya, aku sebagai kawan memang tak senang hati melihat kau memikul masalah kau seorang. Aku bukanlah seorang penasihat kaunseling ke apa,tapi aku juga manusia,aku juga ada akal fikiran, mungkin kalau kau curahkan sikit pada aku masalah kau,kita boleh selesaikan bersama. Janganlah kau berterusan macam ini, sungguh aku beritahu pada kau bahawa aku sangat tak senang melihat kau sedemikian rupa. Ingatlah,AKU SENTIASA ADA DI SISI KAU.

Tuesday, August 20, 2013

Institut Pertanian Sarawak dan Aku Sebagai Seorang Penuntutnya.

Bila orang tanya aku "kau dah kerja ke sekarang?", Aku jawab "belum", "jadi,kau buat apa sekarang?,menganggur?", aku jawab lagi,"tak aku tak menganggur,aku tengah belajar macam mana nak tanam anggur,aku belajar dekat Institut Pertanian Sarawak",jawab aku dengan selamba itik. "owh,jadi kau nak jadi petanilah?", aku jawab balik "tak aku tak nak jadi petani", "habis yang kau masuk kolej pertanian tu apahal?". Aku terdiam,aku malas nak jawab, kalau aku jawab macam macam lagi yang bakal di tanyakan nanti,jadi aku jawab dengan satu ayat bagi menutup perbualan tersebut. "ok,macam ni lah,kalau kau nak makan kau akan makan kan? kalau kau nak minum kau minum kan? jadi kalau aku nak belajar,aku belajar kan? jadi apa yang salahnya kalau aku masuk tempat tu kalau aku tak nak jadi petani? kau ingat tempat pertanian ni hanya khas untuk orang yang minat untuk jadi petani ke? fikir tu biar keluar kotak,jangan asyik terperap,nanti basi!", lantas aku menghirup air sarsi banyak-banyak sambil tenung muka mereka.

Aku. Wang. Dan Marhaen.

Sewaktu aku muda remaja,aku selalu memasang keinginan nak jadi seorang yang berjaya dalam hidup,berkereta mewah,bergaji besar,berbini cantik,mampu keatas segalanya. Aku sering berangan angan untuk menjadi marhaen yang menguasai marhaen yang lain. Itulah intipati otak aku setiap malam bagi menyenangkan perasaan aku yang sedia ada ini. 

Tapi setelah aku menginjak usia sedikit demi sedikit,perasaan itu mula pudar. Ini disebabkan oleh keadaan sekeliling aku yang semakin menggila dengan wang dan setiap manusia di sekeliling aku mula berubah kerana wang dan mengejar kekayaan. Dari baik budi pekerti menjadi tahi di dalam hatinya. Ini mengubah sedikit demi sedikit persepsi aku mengenai perkara-perkara ini.


Kini,aku hanya berfikir dan merancang untuk menjadi seorang yang biasa dan tipikal. Mungkin itu kadang-kadang tidak menjadikan aku seorang yang terbaik bagi diriku sendiri,tapi biarlah aku hidup bersederhana,tanpa perlu memikirkan kelibat dan masalah. 

Dalam Islam ada menyebut, menjadi orang yang kaya hartanya adalah ujian yang paling berat Allah S.W.T beri kepada manusia di muka bumi ini.

Kau Gemuk

"Kau gemuk,tak dapatlah join kitorang main badminton,lari sikit dah semput,tak feel lah kitorang nanti", Bak kata mat deris kepada john purak selepas john purak menyatakan kemahuan beliau untuk bermain bersama.Jauh,di sudut hati john purak atau lebih dikenali dengan panggilan JP oleh kenalannya,ingin ikut bersosial bersama rakannya,tapi oleh kerana bentuk badannya yang agak gempal dan berat melebihi 100 kilo,adalah agak mustahil baginya untuk meneruskan niat itu.

Disebabkan oleh kata-kata yang menyakitkan hati yang diluahkan keatasnya JP pun hanya mampu duduk di bangku tepi sambil melihat rakan-rakannya main dengan bangganya sambil tidak berbaju menunjukkan tulang rusuk masing-masing yang seakan akan mahu terkeluar dari isi daging.JP terus berfikir kenapa ada mindset begini yang tertanam dalam minda setiap orang rakannya,apakah tiada keistimewaan bagi manusia gemuk? apakah mereka tidak punya perasaan apabila diejek begitu? kadang-kadang JP menyalahkan media massa kerana sering menanamkan naratif negatif pada kegemukan dengan mengiklan kan berbagai produk pelangsingan badan yang entah benar atau tidak kemujarabannya,bukan JP tidak pernah mencuba produk-produk tersebut,tapi semuanya kelihatan sama dan tiada perubahan langsung ke atas dirinya,yang berubah hanyalah poket bapaknya kerana membeli produk pelangsing badan dengan harapan anaknya mungkin akan turun berat badan.

"Mungkin aku perlu turunkan berat badan aku dengan lebih agresif lagi agaknya", cetus minda JP tiba-tiba.Tapi bagi menyedapkan cerita JP ni,JP ada seorang awek bernama Sasha Grey yang sering menjadi teman pendamping beliau ketika menghadapi hari-hari yang mendatang. Awek JP bukanlah seorang yang sengkek dari segi rupa mahupun penampilannya,tapi jika dibandingkan dengan perempuan lain di area Kampung Dahan Dua Batang,memang awek beliau lah yang sering menjadi intipati memoir bagi menidurkan mata mat mat single,mahupun rakan-rakan JP sendiri. Tapi itu semua JP tak kisah,yang beliau kisahkan adalah bagaimana nak kuruskan badan. Mungkin JP sendiri telah termakan hasutan media bahawasanya manusia gemuk adalah kotor dan berbau serta tidak layak hidup di dunia dan bersama dengan manusia yang kononnya kurus dan bertenaga serta sihat tubuh badan. Tapi jauh di hati aweknya iaitu Sasha Grey, JP sudah cukup menarik di matanya jika terus bertubuh besar seperti beliau sekarang. 


okey,mata gua mengantuk,gua nak tidur...cerita akan bersambung lagi.