Thursday, September 15, 2011

entri baru

aku paling tak suka bila orang membandingkan kehidupan aku sekarang dengan kejayaan orang lain.Bagi aku,dunia ni perlukan kehidupan yang pelbagai,bukan mengikut kehendak hati kamu sahaja.Setiap seorang dari kamu pasti mempunyai fantasi tentang hidup bahagia dan sentiasa gembira,kalau boleh semua kamu nak capai.Tapi,fantasi hanyalah fantasi,it never come to reality.Itulah,pemasalahan yang aku hadapi sekarang.Pasti kamu sudah merasai fenomena ini, di mana ibubapa kamu sering memuji anak jiran sebelah rumah yang dapat masuk ke ipta,dapat kerja dengan 'perintah',sedangkan kamu hanyalah seorang manusia yang tiada hala tuju yang pasti,dan bagi situasi aku,aku hanyalah seorang mandur yang tidak memerlukan sebarang sijil persekolahan sewaktu aku mula diinterview 'si rambut putih' suatu ketika dulu.Mungkin sebab itulah aku sering di tekan oleh mak bapak supaya menjadi orang yang harinya sentiasa dipenuhi jadual yang padat,dan berambut terpacak sepanjang hari,dan penuh dengan perasaan hipokrit bila aku menegurnya ketika berselisih di bahu jalan,mungkin dia nak aku jadi orang-orang yang sedemikian rupa.Kalau kamu baca entri aku sebelum ini,aku agak offense dengan golongan yang aku maksudkan di atas,bukan sebab aku cemburu atau apa,cuma aku tak mahu hidup macam golongan tersebut.Aku lebih suka kalau aku boleh bebas seperti apa yang aku sedang lakukan sekarang.Aku tak boleh buat loan bank,which is aku pun tak perlukan sangat,sebab gaji aku dan kehidupan aku sekarang masih mampu bagi aku untuk hidup,dan bukan hidup untuk menunjuk semata-mata.Tidak,itu bukan aku.Kalau aku nak beli kereta sekalipun aku akan beli yang second-hand,asal fungsinya masih elok kesemuanya.Bukan yang 'lebih sudu dari kuah' seperti kebanyakan manusia golongan tersebut sekarang.bak kata bro cermin mata,'kalau kau kerja 'perintah' ni,kau akan memasuki era penjara hutang yang kau rasa kau boleh bayar,tapi sebenarnya,kau tak mampu langsung nak bayar,kau berhutang dengan kehendak kau,kau berhutang dengan diri kau,dan kau takkan mampu mengecapi apa yang kau cari buat selama-lamanya'.Jadi kepada mak,ini pesan dari anakmu yang bekerja sebagai mandur,bunga yang mekar dengan cepat biasanya akan layu dengan cepat,jadi aku tak mau jadi bunga yang mekar dan layu dengan cepat,biarlah aku menjadi pokok sawit yang lambat pertumbuhannya,tapi mampu memberi tuannya duit dan kesenangan tatkala dirinya membesar.

p/s: ingat,sumber asli adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui.POKOK SAWIT bukan termasuk dalam sumber asli.

Wednesday, September 14, 2011

Kau Tahu Tak? 1

mulai hari ini aku akan bagi sikit demi sedikit tips untuk sesiapa saja yang ingin tahu pasal pengetahuan am tentang ladang kelapa sawit.

1: dalam bahasa ladang,buah tandan sawit yang kecik tandannya,pekerja akan namakan sebagai buah 'kepala monyet'.manakala yang besar buah 'kepala babi'.entah,kalau kamu tanya sesiapa yang pernah bekerja di dalam ladang akan tahu istilah ini.

2.Sukatan untuk membaja urea pada sebatang pokok sawit matang adalah sebanyak 1kg,dan ditabur dalam jarak 2 meter dari batang pokok.Wajb tahu,sebab pokok sawit,akarnya beserabut,bukan tunjang.kalau tidak rugi.baja bukan satu benda yang murah.

3.jarak penanaman pokok sawit yang paling sesuai (di tanah rata) adalah 8 meter persegi.'diamond shape'.kalau lebih,lebih bagus tapi ruang akan menjadi lebih besar digunakan.kalau kurang,takut pokok sawit tak makan dengan baik,bila dah cukup matang nanti.

Desakan Orang Tua

Sejak hari raya yang lepas,kedua orang tua aku terutama mak,semakin mendesak aku untuk mencari pekerjaan lain.aku jadi buntu bila memikirkan keputusan itu.Untuk apa? bila aku tanya,dia cuma cakap,kau tak malu kah dengan kawan-kawan kau yang lain,semua masuk U,semua dapat kerja yang bagus,semua dapat beli kereta dan berbagai lagi bebelan yang menyemakkan medulla oblongata aku.Aku pun mengeluarkan bidasan "alah,bukan semua yang berjaya sebenarnya,lagi ramai yang gagal,gagal untuk mendapat apa yang diimpikan untuk dicapai selama ini,dulu cita-cita nak jadi guru,pilot,jurutera macam-macamlah,tapi balik-balik jadi kerani,jadi penyelia,jangankan jurutera,kerja dalam syarikat jurutera pun belum tentu", balasku dengan berhemat,berhati-hati tanpa perlu menyakitkan hati mereka.Sebab tulah aku masa zaman persekolahan,aku tak pernah isi petak cita-cita bila guru aku tanya.Sebab aku tahu,satu hari kelak,walau bagaimana keras sekali kau belajar,belum tentu kau dapat apa yang kau mahukan.Ingat,kita di Malaysia,bukan di negara yang maju lain..Kerajaan yang tentukan kau akan kerja apa suatu hari kelak,bukan kau sendiri.aku bangga dengan pekerjaan aku sekarang,aku suka dengan keadaan suasana tempat aku bekerja,aku tiada masalah dengan pekerja lain.Ketua aku pun banyak beri kebebasan bagi aku untuk buat kerja,aku tidak dikongkong pendek kata,itu sudah cukup bagi aku.Ya,aku tau gaji aku tak besar,tapi cukup untuk aku,dan aku tidak putus memberi sedikit gaji aku untuk mak bapak bila dah gaji.Aku tahu tanggungjawab aku.Itu sudah cukup.Jadi jangan pengaruhi mak aku dengan dunia materialistik sementara..ok?