Monday, September 30, 2013

Serius Aku Tak Tahu Apa Yang Kau Fikir Dalam Otak Kau Sekarang!

Tolonglah,aku dah lama berkawan dengan kau,tapi kau masih tak nak luahkan masalah kau dengan aku. Tolonglah,aku tak sanggup lihat kau sakit seorang, memendam masalah duka lara kau tanpa ada penyelesaian. Seksa aku melihatnya, aku sebagai kawan memang tak senang hati melihat kau memikul masalah kau seorang. Aku bukanlah seorang penasihat kaunseling ke apa,tapi aku juga manusia,aku juga ada akal fikiran, mungkin kalau kau curahkan sikit pada aku masalah kau,kita boleh selesaikan bersama. Janganlah kau berterusan macam ini, sungguh aku beritahu pada kau bahawa aku sangat tak senang melihat kau sedemikian rupa. Ingatlah,AKU SENTIASA ADA DI SISI KAU.

Tuesday, August 20, 2013

Institut Pertanian Sarawak dan Aku Sebagai Seorang Penuntutnya.

Bila orang tanya aku "kau dah kerja ke sekarang?", Aku jawab "belum", "jadi,kau buat apa sekarang?,menganggur?", aku jawab lagi,"tak aku tak menganggur,aku tengah belajar macam mana nak tanam anggur,aku belajar dekat Institut Pertanian Sarawak",jawab aku dengan selamba itik. "owh,jadi kau nak jadi petanilah?", aku jawab balik "tak aku tak nak jadi petani", "habis yang kau masuk kolej pertanian tu apahal?". Aku terdiam,aku malas nak jawab, kalau aku jawab macam macam lagi yang bakal di tanyakan nanti,jadi aku jawab dengan satu ayat bagi menutup perbualan tersebut. "ok,macam ni lah,kalau kau nak makan kau akan makan kan? kalau kau nak minum kau minum kan? jadi kalau aku nak belajar,aku belajar kan? jadi apa yang salahnya kalau aku masuk tempat tu kalau aku tak nak jadi petani? kau ingat tempat pertanian ni hanya khas untuk orang yang minat untuk jadi petani ke? fikir tu biar keluar kotak,jangan asyik terperap,nanti basi!", lantas aku menghirup air sarsi banyak-banyak sambil tenung muka mereka.

Aku. Wang. Dan Marhaen.

Sewaktu aku muda remaja,aku selalu memasang keinginan nak jadi seorang yang berjaya dalam hidup,berkereta mewah,bergaji besar,berbini cantik,mampu keatas segalanya. Aku sering berangan angan untuk menjadi marhaen yang menguasai marhaen yang lain. Itulah intipati otak aku setiap malam bagi menyenangkan perasaan aku yang sedia ada ini. 

Tapi setelah aku menginjak usia sedikit demi sedikit,perasaan itu mula pudar. Ini disebabkan oleh keadaan sekeliling aku yang semakin menggila dengan wang dan setiap manusia di sekeliling aku mula berubah kerana wang dan mengejar kekayaan. Dari baik budi pekerti menjadi tahi di dalam hatinya. Ini mengubah sedikit demi sedikit persepsi aku mengenai perkara-perkara ini.


Kini,aku hanya berfikir dan merancang untuk menjadi seorang yang biasa dan tipikal. Mungkin itu kadang-kadang tidak menjadikan aku seorang yang terbaik bagi diriku sendiri,tapi biarlah aku hidup bersederhana,tanpa perlu memikirkan kelibat dan masalah. 

Dalam Islam ada menyebut, menjadi orang yang kaya hartanya adalah ujian yang paling berat Allah S.W.T beri kepada manusia di muka bumi ini.

Kau Gemuk

"Kau gemuk,tak dapatlah join kitorang main badminton,lari sikit dah semput,tak feel lah kitorang nanti", Bak kata mat deris kepada john purak selepas john purak menyatakan kemahuan beliau untuk bermain bersama.Jauh,di sudut hati john purak atau lebih dikenali dengan panggilan JP oleh kenalannya,ingin ikut bersosial bersama rakannya,tapi oleh kerana bentuk badannya yang agak gempal dan berat melebihi 100 kilo,adalah agak mustahil baginya untuk meneruskan niat itu.

Disebabkan oleh kata-kata yang menyakitkan hati yang diluahkan keatasnya JP pun hanya mampu duduk di bangku tepi sambil melihat rakan-rakannya main dengan bangganya sambil tidak berbaju menunjukkan tulang rusuk masing-masing yang seakan akan mahu terkeluar dari isi daging.JP terus berfikir kenapa ada mindset begini yang tertanam dalam minda setiap orang rakannya,apakah tiada keistimewaan bagi manusia gemuk? apakah mereka tidak punya perasaan apabila diejek begitu? kadang-kadang JP menyalahkan media massa kerana sering menanamkan naratif negatif pada kegemukan dengan mengiklan kan berbagai produk pelangsingan badan yang entah benar atau tidak kemujarabannya,bukan JP tidak pernah mencuba produk-produk tersebut,tapi semuanya kelihatan sama dan tiada perubahan langsung ke atas dirinya,yang berubah hanyalah poket bapaknya kerana membeli produk pelangsing badan dengan harapan anaknya mungkin akan turun berat badan.

"Mungkin aku perlu turunkan berat badan aku dengan lebih agresif lagi agaknya", cetus minda JP tiba-tiba.Tapi bagi menyedapkan cerita JP ni,JP ada seorang awek bernama Sasha Grey yang sering menjadi teman pendamping beliau ketika menghadapi hari-hari yang mendatang. Awek JP bukanlah seorang yang sengkek dari segi rupa mahupun penampilannya,tapi jika dibandingkan dengan perempuan lain di area Kampung Dahan Dua Batang,memang awek beliau lah yang sering menjadi intipati memoir bagi menidurkan mata mat mat single,mahupun rakan-rakan JP sendiri. Tapi itu semua JP tak kisah,yang beliau kisahkan adalah bagaimana nak kuruskan badan. Mungkin JP sendiri telah termakan hasutan media bahawasanya manusia gemuk adalah kotor dan berbau serta tidak layak hidup di dunia dan bersama dengan manusia yang kononnya kurus dan bertenaga serta sihat tubuh badan. Tapi jauh di hati aweknya iaitu Sasha Grey, JP sudah cukup menarik di matanya jika terus bertubuh besar seperti beliau sekarang. 


okey,mata gua mengantuk,gua nak tidur...cerita akan bersambung lagi.

Tuesday, March 20, 2012

Rumah Atas Pokok


Pernah satu ketika dulu orang luar cakap kaum kat Sarawak ni tinggal atas pokok.Agak melentinglah jugak kebanyakan orang yang dengar dan baca kisah ni,tapi aku tak ambik kisah sangat,sebab bagi aku,lagi baik kalau tinggal atas pokok dari tinggal dalam rumah apartment yang bertingkat-tingkat lepas tu privacy langsung tak ada,kau nak buat hubungan intim pun susah nak all-out,takut jiran dengar lepas tu ambik phone rakam.I dont give a fuck.Sini aku nak senaraikan kelebihan tinggal atas pokok point by point.

  1. .Kalau tinggal atas pokok,pengudaraan aku pun makin sempurna,aku dapat hirup udara segar tiap-tiap hari,jadi chances aku untuk dapat penyakit macam orang tinggal kat apartment dan tinggal dalam bandar adalah jauh lebih rendah.
  2. Bayangkan kalau dah rumah atas pokok mestilah pembuatan rumah tersebut pun diperbuat dari kayu yang berkualiti tinggi,orang Sarawak memang pandai dalam hal pilih memilih kayu since tinggal atas pokok,macam yang diorang cakap.Jadi tak ada masa untuk layan simen mahupun segala bahan yang kitar semula yang dipakai untuk buat rumah batu,tapi mahal nak mampus,nampak sangat jadi mangsa pembangunan,terhimpit dek kemiskinan sendiri.
  3. Satu lagi kalau dah tinggal atas pokok, dalam hutan lagi,bayangkan betapa besarnya keluasan tanah milik persendirian orang tinggal atas pokok? can you imagine? dah tinggal dalam hutan? takkan takde tanah pulak? lainlah kalau tinggal dalam kotaraya yang maju dan mesra alam.Sekali diorang tanam,ambik semua hasil hutan,siapa yang beli korang yang well living jugak yang beli,sebab dekat bandar takda benda macam tu.Mau tak kaya?
  4. Duit tak terjual sebab tinggal dalam hutan,duit masuk adalah,sebab dijual kepada golongan yang miskin budaya dan harta ni tadi. takda supermarket,takde kedai satu malaysia,nak habiskan duit,ambik hasil hutan sikit,pastu turun ke laut dapatla makanan,yang fresh,bukan dari Thai atau Jepun.
  5. senang nak dekatkan diri kepada tuhan dan mengagumi ciptaan tuhan,takdelah kena panah petir sebab buat maksiat,parti bujang kalau mak bapak takde.

Okey,kesimpulannya aku bangga jadi anak jati Sarawak.Negeri aku walau tak semegah negeri orang,walau tak ada sultan,tapi negeri aku tak baling kerusi sesama Islam,apatah lagi dengan bangsa lain.Semua kaum dalam negeri aku lebih banyak bilangan dari kaum dalam negeri lain dekat Malaysia ni,tapi ok je aku tengok,kitorang teguk todi,mabuk atas meja yang sama,kitorang dapat sembahyang tanpa perlu ada orang ganggu..Ok je aku tengok..Aku ok,tengok orang bertatu,ramai kawan aku yang bertatu,aku tak kisah,okey,aku pun nak mandi sungai,lepas tu tidur dalam rumah aku..(gambar rumah aku adalah seperti di atas)

Friday, December 30, 2011

Kawan Aku


Dulu waktu kecik aku sering dikeliling kawan.Mungkin aku dulu memang senang nak 'going in' dengan sesiapapun.Sekarang pun aku masih bersikap senang macam tu.Sedangkan kerja aku pun perlukan aku untuk disenangi oleh orang,kalau tidak tentu aku dah keluar dari posisi aku sekarang.
Ok,kalau sekarang setiap kawan yang rapat dengan aku sedikit demi sedikit menjauhkan diri dari aku,entah kenapa,mungkin aku ni jenis yang kurang berpelajaran seperti mereka sekarang,yalah dulu memang semua level yang sama,bodoh pandai kau tetap ambik upsr,pmr,spm jugak.Tapi sekarang,kau dah masuk IPTA,aku yang rapat dengan kau pun kau tinggal,konon nak sama levelkan kau punya otak.Takkan sama bro,pernah aku terdengar satu kata-kata yang entah di mana aku dengar aku pun tak ambik port berbunyi " kawan yang kenal dengan kau kurang dari empat tahun takkan dapat paham dan kenal kau,macam kawan yang kenal kau lebih dari lapan tahun".Aku bukan nak meroyan tak tentu pasal kat sini,tapi kalau kau dah ingat balik dengan aku,do come,and i'll welcoming you as everyday we meet before.Aku takkan lupa kawan,cuma mungkin sekarang aku dah ada komitmen kerja,tapi aku takkan pernah lupa kawan.



(gambar diambik dari styledip.com)

Thursday, September 15, 2011

entri baru

aku paling tak suka bila orang membandingkan kehidupan aku sekarang dengan kejayaan orang lain.Bagi aku,dunia ni perlukan kehidupan yang pelbagai,bukan mengikut kehendak hati kamu sahaja.Setiap seorang dari kamu pasti mempunyai fantasi tentang hidup bahagia dan sentiasa gembira,kalau boleh semua kamu nak capai.Tapi,fantasi hanyalah fantasi,it never come to reality.Itulah,pemasalahan yang aku hadapi sekarang.Pasti kamu sudah merasai fenomena ini, di mana ibubapa kamu sering memuji anak jiran sebelah rumah yang dapat masuk ke ipta,dapat kerja dengan 'perintah',sedangkan kamu hanyalah seorang manusia yang tiada hala tuju yang pasti,dan bagi situasi aku,aku hanyalah seorang mandur yang tidak memerlukan sebarang sijil persekolahan sewaktu aku mula diinterview 'si rambut putih' suatu ketika dulu.Mungkin sebab itulah aku sering di tekan oleh mak bapak supaya menjadi orang yang harinya sentiasa dipenuhi jadual yang padat,dan berambut terpacak sepanjang hari,dan penuh dengan perasaan hipokrit bila aku menegurnya ketika berselisih di bahu jalan,mungkin dia nak aku jadi orang-orang yang sedemikian rupa.Kalau kamu baca entri aku sebelum ini,aku agak offense dengan golongan yang aku maksudkan di atas,bukan sebab aku cemburu atau apa,cuma aku tak mahu hidup macam golongan tersebut.Aku lebih suka kalau aku boleh bebas seperti apa yang aku sedang lakukan sekarang.Aku tak boleh buat loan bank,which is aku pun tak perlukan sangat,sebab gaji aku dan kehidupan aku sekarang masih mampu bagi aku untuk hidup,dan bukan hidup untuk menunjuk semata-mata.Tidak,itu bukan aku.Kalau aku nak beli kereta sekalipun aku akan beli yang second-hand,asal fungsinya masih elok kesemuanya.Bukan yang 'lebih sudu dari kuah' seperti kebanyakan manusia golongan tersebut sekarang.bak kata bro cermin mata,'kalau kau kerja 'perintah' ni,kau akan memasuki era penjara hutang yang kau rasa kau boleh bayar,tapi sebenarnya,kau tak mampu langsung nak bayar,kau berhutang dengan kehendak kau,kau berhutang dengan diri kau,dan kau takkan mampu mengecapi apa yang kau cari buat selama-lamanya'.Jadi kepada mak,ini pesan dari anakmu yang bekerja sebagai mandur,bunga yang mekar dengan cepat biasanya akan layu dengan cepat,jadi aku tak mau jadi bunga yang mekar dan layu dengan cepat,biarlah aku menjadi pokok sawit yang lambat pertumbuhannya,tapi mampu memberi tuannya duit dan kesenangan tatkala dirinya membesar.

p/s: ingat,sumber asli adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui.POKOK SAWIT bukan termasuk dalam sumber asli.