Thursday, September 15, 2011

entri baru

aku paling tak suka bila orang membandingkan kehidupan aku sekarang dengan kejayaan orang lain.Bagi aku,dunia ni perlukan kehidupan yang pelbagai,bukan mengikut kehendak hati kamu sahaja.Setiap seorang dari kamu pasti mempunyai fantasi tentang hidup bahagia dan sentiasa gembira,kalau boleh semua kamu nak capai.Tapi,fantasi hanyalah fantasi,it never come to reality.Itulah,pemasalahan yang aku hadapi sekarang.Pasti kamu sudah merasai fenomena ini, di mana ibubapa kamu sering memuji anak jiran sebelah rumah yang dapat masuk ke ipta,dapat kerja dengan 'perintah',sedangkan kamu hanyalah seorang manusia yang tiada hala tuju yang pasti,dan bagi situasi aku,aku hanyalah seorang mandur yang tidak memerlukan sebarang sijil persekolahan sewaktu aku mula diinterview 'si rambut putih' suatu ketika dulu.Mungkin sebab itulah aku sering di tekan oleh mak bapak supaya menjadi orang yang harinya sentiasa dipenuhi jadual yang padat,dan berambut terpacak sepanjang hari,dan penuh dengan perasaan hipokrit bila aku menegurnya ketika berselisih di bahu jalan,mungkin dia nak aku jadi orang-orang yang sedemikian rupa.Kalau kamu baca entri aku sebelum ini,aku agak offense dengan golongan yang aku maksudkan di atas,bukan sebab aku cemburu atau apa,cuma aku tak mahu hidup macam golongan tersebut.Aku lebih suka kalau aku boleh bebas seperti apa yang aku sedang lakukan sekarang.Aku tak boleh buat loan bank,which is aku pun tak perlukan sangat,sebab gaji aku dan kehidupan aku sekarang masih mampu bagi aku untuk hidup,dan bukan hidup untuk menunjuk semata-mata.Tidak,itu bukan aku.Kalau aku nak beli kereta sekalipun aku akan beli yang second-hand,asal fungsinya masih elok kesemuanya.Bukan yang 'lebih sudu dari kuah' seperti kebanyakan manusia golongan tersebut sekarang.bak kata bro cermin mata,'kalau kau kerja 'perintah' ni,kau akan memasuki era penjara hutang yang kau rasa kau boleh bayar,tapi sebenarnya,kau tak mampu langsung nak bayar,kau berhutang dengan kehendak kau,kau berhutang dengan diri kau,dan kau takkan mampu mengecapi apa yang kau cari buat selama-lamanya'.Jadi kepada mak,ini pesan dari anakmu yang bekerja sebagai mandur,bunga yang mekar dengan cepat biasanya akan layu dengan cepat,jadi aku tak mau jadi bunga yang mekar dan layu dengan cepat,biarlah aku menjadi pokok sawit yang lambat pertumbuhannya,tapi mampu memberi tuannya duit dan kesenangan tatkala dirinya membesar.

p/s: ingat,sumber asli adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui.POKOK SAWIT bukan termasuk dalam sumber asli.

1 comment:

  1. saber singen juan, gan teo sunih sunih kaau kerja deo, mungkin rezeki kaau masa hadapan kalik

    ReplyDelete