Thursday, January 27, 2011

Setelah Dua Bulan.







Setelah dua bulan aku bekerja,aku dapat pelajari pelbagai perkara baru yang aku ambik dari orang bawahan aku.Aku tahu aku masih kurang pengalaman dalam bidang ladang kelapa sawit,tapi aku berusaha untuk mendapat ilmu dari sesiapa yang aku jumpa,aku cedok pengalaman mereka dalam pembelajaran harian aku.Ya,aku anggap diri aku sekarang masih belajar,belum layak lagi begelar seorang pekerja,mandur dan panggilan mandur untuk aku adalah hanya subjektif.AKU MASIH BELAJAR.Mungkin aku tidak ke sekolah yang lebih tinggi untuk menjadi manager,untuk menjadi pengurus,cukuplah sebagai mandur,kerana aku tahu pekerjaan sebagai mandur mengajar aku bagaimana hendak memimpin orang bawahan,bagaimana untuk mengatur arah kerja seseorang.



Aku jugak perlu tahu bagaimana untuk mengambil hati seseorang untuk mendengar kata dan arahan aku,semua itu aku perlu tahu.setelah dua bulan aku bekerja,sedikit demi sedikit ilmu di atas dapat aku pelajari dan aku praktikkan dalam situasi harian aku.



Tapi,masih ada perkara yang perlu aku tahu,masih banyak yang akan aku temui serta kesabaran yang perlu aku gunakan.cuma masa yang menentukan,bila dan bagaimana aku mengecapinya kelak.